SABAK BERNAM: Seorang imam masjid yang baharu sahaja selesai mengajar di sebuah maahad tahfiz maut kemalangan apabila motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 64 Jalan Teluk Intan-Klang di sini pada Isnin.
Dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa berusia 32 tahun yang menunggang Yamaha LC maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, siasatan mendapati mangsa baru pulang mengajar di sebuah maahad tahfiz di daerah Sabak Bernam dan menuju ke rumahnya di Tanjong Karang.
Beliau berkata, ketika kejadian, sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun berhenti di lorong kecemasan.
"Akibat kemalangan itu, mangsa yang juga imam sebuah masjid di Tanjong Karang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Katanya, semasa kejadian pemandu treler dipercayai tidak meletakkan sebarang tanda atau isyarat untuk berhenti di lorong kecemasan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Sinar Harian
Tue May 31 2022
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 64 Jalan Teluk Intan-Klang pada Isnin. - Foto Sinar Harian
PH pertahan DUN Kuala Kubu Baharu, majoriti 3,869 undi
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkongsi pandangan mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan PH berjaya mempertaahankan kerusi berkenaan.
Dituduh jadi 'badi' dalam keluarga, ibu tergamak buang anak OKU dalam lubuk buaya
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Vinod disahkan mengalami masalah pendengaran dan pertuturan.
Hari Ibu: Raja Permaisuri Agong berangkat ke sambutan peringkat kebangsaan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 Di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (Lppkn) Di Ayer Keroh, Melaka.
JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.
KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19
Imam, bilal dan jemaah masjid di Johor digalakkan mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
Imam maut kemalangan selepas mengajar di maahad tahfiz
Seorang imam masjid yang baharu sahaja selesai mengajar di sebuah maahad tahfiz maut kemalangan apabila motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah treler di sini, pada Isnin.
Padah curi duit masjid, pemuda dimandikan seperti jenazah
Pemuda itu kemudiannya dilumurkan dengan kapur barus oleh seorang penduduk kampung sambil mukanya ditutup dengan kain.
Lelaki tipu bakal bapa mentua dihukum penjara 3 tahun, 6 sebatan
Shah Jahan Sazali, 36, yang juga peniaga dalam talian mengaku bersalah selepas enam pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.
Bimbang ditembak di bumi bergolak, imam berserah kepada Allah
Imam Masjid Darul Muhajirin, daerah Yareng, Pattani, Ishak Daud, akui sememangnya ada perasan bimbang di hatinya serta rakan-rakan imam di daerah lain apabila mengingati tentang hidup serta mati.
Beri penjelasan segera imam yang dipecat
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Mufti negeri digesa memberi maklum balas terhadap pemecatan 25 imam masjid di negeri ini.
Polis siasat kes cerca Islam dan imam masjid melalui Facebook
Suspek dikenal pasti dengan nama Amirul Mukminin dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988.
Lebih 5,000 ikuti Program Khas Haji sejak 2011 - PM Najib
Perdana Menteri mendoakan kesemua imam masjid dan ketua kampung yang menjadi tetamu Allah dan jemaah haji lain mendapat haji mabrur.